Thursday 9 May 2013

Kepentingan Air Kosong


Hai semua ^_^

KENAPA PERLU MINUM BANYAK AIR KOSONG SEMASA TEMPOH MENGAMBIL SUPPLEMENT?



Dengan google sahaja tajuk di atas, banyak entri yang akan kita jumpa mengenainya. Tapi harini Finy nak share satu konsep mudah, kenapa perlu minum air kosong secukupnya? 

Cuba ambil konsep ini: 
Buar air teh dalam jug, letak 4 sudu gula & 1 sudu air panas. Boleh larut tak? Sudah tentu tak boleh..Kalau boleh pun pasti sangat2 lambat dan tidak rata.. Jadi, samalah juga konsep ambil supplement. Kalau minum terlalu sedikit, supplement tidak dapat larut dalam tubuh.. dan apabila tak dapat larut dengan baik, macammana nak dapat kesan yang memuaskan? Air kosong yang banyak juga akan memudahkan proses penyingkiran toksin daripada badan. In syaa Allah bila dah keluar semua penyakit tu, sihat lah kita hendaknya.. dan seelok-eloknya ambil lah air suam bersama dengan supplement ye :)

Nak sihat, nak cantik, kena rajin sikit ok.. Sebab tu lepas bagi tracking number kat customer, mesti Finy akan selitkan "jangan lupa minum air kosong banyak-banyak tau". So lepas ni kene maintain 3 liter sehari untuk mendapat hasil yang memuaskan ok. SELAMAT MENCUBA! 



No comments:

Post a Comment