Tuesday 7 May 2013

Kenapa Dipanggil Minyak Kelapa "Dara"?

Hai semua ^_^

Harini Finy nak share mengenai asal usul nama kelapa 'dara' ni. Soalan ni antara soalan WAJIB bagi mereka yang baru pertama kali nak ambil VCO. "Kenapa kelapa dara eh? kelapa ni masih dara ke??" Hehe..bunyi macam kelakar soalan ni. Tapi penting untuk diperjelaskan kerana semestinya kita nak tahu sejarah supplement yang kita nak ambil.

Ok, Finy bagi penjelasan yang simple supaya anda semua mudah faham ye. Seperti konsep 'anak dara', yang bermaksud gadis yang belum di usik, begitulah juga konsep 'kelapa dara' ni. Ia bermaksud kelapa yang di proses secara semula jadi, tanpa di usik oleh haba dan bahan kimia. 

Sejak zaman dahulu lagi nenek-nenek dan mak-mak kita sudah tahu khasiatnya dan buat sendiri minyak kelapa dara untuk kegunaan sendiri. Cara pembuatannya agak rumit dan mengambil masa lama, disebabkan itu ianya hanya di buat untuk kegunaan sendiri dan tidak dikomersialkan pada masa itu. Dengan teknologi yang canggih kini, Catalyst Nutraceutical telah mengambil inisiatif untuk mengusahakan dan mengkomersialkan Minyak Kelapa Dara ini termasuklah dalam bentuk Softgel supaya lebih mudah untuk di ambil sebagai makanan tambahan.

*Penulisan dari Finy Catalyst berdasarkan pelbagai bahan bacaan.


No comments:

Post a Comment