Thursday 2 May 2013

Cara Pengambilan VCO

Hai semua ^_^

Hari ni Finy nak share cara pengambilan VCO dengan betul. Untuk pengetahuan anda, cara pengambilan yang betul akan memberikan kesan yang positif pada tubuh. Sekiranya anda rasa ia tidak memberikan kesan positif, cuba cek cara anda ambil supplement VCO ini :

  • Ambil VCO selepas sarapan pagi 1 biji dan sebelum tidur 1 biji kerana pada waktu ini badan agak kurang aktif bekerja. Ini akan memudahkan penyerapan VCO ke dalam tubuh.
  • Elakkan mengambil VCO pada waktu tengahari kerana pada masa ini badan sedang aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.
  • Elakkan juga mengambil VCO sebelum makan kerana tindak balas mungkin kurang berlaku kerana akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.
  • Sekiranya nak kurus, anda mesti pandai mengatur sendiri portion makanan anda. Kerana VCO membantu meningkatkan kadar metabolisme anda.
  • Paling penting, pastikan anda minum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi memudahkan proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga.


Tips ini Finy ambil dari blogger-blogger Catalyst dan ianya adalah dijelaskan oleh Puan Vivi Noryati,  Saintis Perubatan Universiti Malaya.


Finy amat menekankan kepada semua customer Finy, mesti ambil VCO dengan konsisten dan cara yang betul..Kalau main skip-skip, tak konsisten, tak ikut masa, macamana nak dapat kesan positif kan? Nak sihat, nak cantik, kena banyak usaha dan banyak sabar kerana ia tidak akan berlaku sepantas kilat..Ia memerlukan masa untuk memperbetulkan semula sistem badan kita..Jadi, kena buat betul-betul ok? Wish all of you luck! :) ~

No comments:

Post a Comment