Thursday 16 May 2013

Apa Kata Doktor tentang VCO

Hai semua ^_^

Assalamualaikum.. apa khabar anda di luar sana? Finy doakan anda semua sihat-sihat selalu ye.. Hari ni Finy nak kongsikan sikit antara entry-entry Dr Hamid Arshat. Finy memang suka sangat baca status-status Dr Hamid Arshat ni di Facebook beliau. Banyak perkongsian ilmu kesihatan yang dikongsikan di situ. Bagi yang belum kenal, beliau ni merupakan Pakar Sakit Puan. Boleh klik di link ini untuk ketahui lebih lanjut https://www.facebook.com/hamidarshat45.

Apa yang Finy tertarik dengan status/entry beliau adalah beberapa nya mengenai VCO (Minyak kelapa dara). Jom kita tengok apa kata Dr. Hamid Arshat :-

a) Khasiat Minyak Kelapa baik untuk meningkatkan tahap ketahanan badan, baik untuk wanita, baik untuk si ibu dan bayi.


b) Kandungan lauric acid dalam Minyak Kelapa Dara amat baik untuk melindungi tubuh dari serangan kuman. Selain itu, baik juga untuk kesihatan rambut.


c) Minyak Kelapa Dara mampu mengubati sakit gigi. Sakit gigi tidak boleh dipandang remeh kerana boleh mengakibatkan penyakit kronik yang lain.


d) Sesuai untuk menyingkirkan lemak dan menguruskan badan.


e) VCO boleh membantu mengatasi masalah ruam-ruam kulit pada bayi.


Haa..itulah die beberapa entry dari Wall FB Dr.. So, you alls, jom kita mulakan gaya hidup sihat. Ambil VCO sebagai supplement harian kita. Mencegah lebih baik dari mengubati. SELAMAT MENCUBA! :)

No comments:

Post a Comment