Thursday 27 June 2013

Apa itu Kesan Penyembuhan?

Hai semua ^_^

Tahukah anda apa itu Kesan Penyembuhan? Untuk pengetahuan anda, apabila anda mengambil apa-apa makanan tambahan, anda berkemungkinan akan mengalami kesan seperti mual, pening, rasa tidak sihat dan lain-lain. Ianya bergantung kepada diri seseorang dan paras kesihatan sendiri. 

Jangan panik jika anda mengalami perkara ini ketika anda baru mengambil makanan tambahan. Makanan tambahan yang bagus akan membantu menyingkirkan segala kekotoran dan toksid dari dalam badan anda yang mana akan menghasilkan tindak balas yang dipanggil Kesan Penyembuhan. Kesan Penyembuhan ini biasanya akan berlaku sekitar 3-4 hari selepas beberapa hari anda mengambil makanan tambahan. 

Sekiranya anda mengalami kesan penyembuhan, apa yang perlu anda lakukan adalah :-

1. Jangan panik.
2. Dapatkan rehat yang mencukupi.
3. Minum air dengan banyak bagi membantu penyingkiran toksid.
4. Makan makanan yang berzat.

Kesan penyembuhan merupakan satu petanda yang baik di mana makanan tambahan yang diambil telah menjalankan tugasnya dalam badan anda. Jangan berhenti mengambil makanan tambahan tersebut jika berlaku Kesan Penyembuhan. Ini kerana badan yang bersih daripada toksid akan berfungsi dengan lebih baik bagi mencapai tahap kesihatan yang kita impikan :)


No comments:

Post a Comment